Anda ditipu? Bonus tak dapat? Bonus banyak tapi tak boleh nak cash? Upline dah tak angkat bila ditelefon?
Ini semua adalah perkara biasa. Kena tipu sudah lumrah di industri MLM di Malaysia dan juga Indonesia.
Kadang-kadang kita sendiri memang suka ditipu sebab kita tamak. Kita tak peduli latar belakang company. Pejabat bawah pokokpun tak apa asal dapat janjikan kita keuntungan beratus kali ganda dalam masa secepat mungkin.
Soal leader tak angkat call juga sangat biasa. Memang ramai leader berperangai macam itupun.
Masa nak ajak, boleh call 88 kali sehari semalam. Bila dah buat duit dia lesap, padahal dia tau company itu memang penipu dari awalnya.
Ada company yang memang dah rancang dari awal, buat Marketing Plan sampai orang boleh mengigau bila melihat.
Mereka tau, 99% di pasaran, orang takkan tanya dari mana wang bonus boleh dibayar. Yang penting akan dapat banyak.
Kalau anda serius dalam membina bisnes MLM, ingin untung, ingin dihormati dan mendapat rezeki berkat, ini yang WAJIB LAKU & PERHATIKAN:
PLAN DUDUK DIAM DAPAT DUIT?
1. "DUDUK DIAM DAPAT DUIT." Yang duduk diam dapat duit itu ialah company, bukan anda. Ini biasanya sistem matrix. Kononnya anda masuk aje, tunggu diam-diam akan dapat duit dengan sistem auto-placement.
Percayalah, company bukan bodoh. Biasanya owner company sendiri akan letak di peringkat atas semua akaun mereka sendiri. ANAK, ISTERI, CUCU, CICIT, NENEK, MOYANG, SEMUA ADA AKAUN.
Jadi bila kita masuk, semuanya pergi ke poket mereka dahulu. Kemudian 001 juga, untuk bukti tunjuk statement income dengan orang ramai. Semua ini adalah permainan dan strategi company belaka.
Seorang leader besar sahabat baik saya juga terkena kerana dia tidak tau rahasia ini.
Dia pulun betul-betul dan collect berjuta ringgit. Kemudian dia masuk lagi RM500,000 akaun sendiri, RM500,000 akaun isteri. Masuk aje, Company freeze akaun. RM1,000,000.00 (RM 1 juta) melayang sekelip mata. Ini leader besar yang rapat dengan owner. Speaker company. Sama-sama boleh duduk karaoke. Kalau member biasa seperti saya atau anda?
Sahabat saya ini tersangat rapat dengan owner. Itupun owner boleh buat macam itu. Bayangkan. Sekarang sahabat saya itu dah tak buat lagi dengan company tersebut.
Setengah owner company MLM di Malaysia ini memang macam gansgter cara mereka berbisnes. Hati-hati.
LEADER DAPAT INCOME BESAR SEKELIP MATA.
Terjadi juga, 001 atau 'top leaders' print income statement palsu untuk jaja tunjuk kepada prospek, walhal nak minumpun tak ada duit nak bayar.
LEADER HEBAT, LEADER TAK BERTANGGUNGJAWAB
Ramai leader yang tidak peduli dengan apa akan jadi pada orang yang mereka bawa masuk, asal mereka dapat duit. Orang ramai yang kurang pengetahuan akan termakan dengan kata-kata 'leader-leader hebat' ini.
Semuanya baik belaka tentang company itu walaupun mereka tau yang owner company serta plan memang menipu dan tak masuk akal.
Rahasia yang tidak dimaklumkan kepda orang ramai ialah, biasanya leader-leader hebat dengan Mercedes dan BMW ini diupah oleh owner company untuk menarik orang ramai ke company mereka.
Setakat RM10,000 ke RM50,000.00, biasalah. Expenses semua tanggung. Makan minum, tidur hotel 5 bintang dan sebagainya. Jadi mereka kelihatan tersangat sukses dan mewah.
IMEJ DAN BISNES STRATEGI
Kadang-kadang 001 ini turut dipinjamkan Mercedes untuk putar belit pasaran. Orang biasa tengok leader hebat datang dengan kereta mewah, makan minum di hotel 5 bintang, terus terpedaya. Yang mereka tak tau, itu semua disponsor company.
MASUK BANYAK AKAUN.
"Masuk banyak akaun. Lagi banyak masuk, lagi banyak dapat. Masuk 1 akaun rugi" kata leader-leader hebat ini.
Memang mereka akan jolok semua orang masuk banyak-banyak akaun.
Lagi banyak akaun, lagi untung company. Lagi banyak juga leader hebat ini dapat bonus. Yang habis duit, orang-orang yang masih mentah dengan MLM yang masuk banyak-banyak akaun.
Yang mereka tak bagi tau, masuk 100 akaunpun, kalau tak bina bisnes, mana nak datang bonus? Tapi impression yang diberi sewaktu presentasi seolah-olah sudah otomatis, lagi banyak masuk, lagi banyak pulangan.
SEKEDAR MENGINGATKAN
1. Sebelum terjun, lihatlah dulu company dan leader-leader yang menerajui.
2. Jangan mudah terpedaya dengan imej dan cakap-cakap yang menyeronokkan. Kita buat MLM nak buat duit, bukan nak jadi miskin.
3. Duduk DIAM DAPAT DUIT? Sebenarnya duduk diam dapat bala. Kalau begitu senang buat duit, bankpun tutup. Nak dapat duit kena buat kerja. Itu sudah hukum alam.
"Masuk RM5,000 dapat RM20,000. Sebab kita profit sharing dengan company."
Hati-hati, ini semua strategi company nak pungut berjuta ringgit dengan memancing ketamakan dalam diri manusia.
Kalau nanti company kata tak untung? Nak profit share dari mana? Ini sudah terjadi berulang kali di pasaran.
JANGAN JADI MISKIN SEBAB MLM. KITA BISNES SEBAB NAK TAMBAH INCOME. BUKAN TAMBAH HUTANG.
JANGAN ROSAKKAN IMEJ ANDA.
Komuniti MLM kecil. Baik di Malaysia atau Indonesia. Semua orang akan dengar reputasi semua orang.
Kalau anda turut jadi leader yang cuma pentingkan diri sendiri tanpa ada rasa tanggung jawab atau bersalah, balanya akan datang menimpa anda juga nanti.
Memang anda boleh beli Mercedes dan BMW dalam masa yang singkat. Tapi ingat, berapa ramai orang yang sumpah seranah di belakang anda.
Rezeki yang tidak berkat pasti akan mengundang mala petaka kerana membina kekayaan atas kesusahan orang lain. Rezeki itu nantinya kita bagi makan anak isteri kita serta jadi darah daging.
Memang anda kaya raya, tapi macam-macam masalah yang akan menimpa hidup anda serta keluarga hingga porak peranda atau ditimpa macam-macam penyakit. Ini sudah saya sendiri lihat setelah 11 tahun dalam industri ini.
Carilah rezeki halal dan berkah.
sila periksa syarikat yang anda mahu sertai klik dibawah:-
Syarikat Punyai kelulusan Syarikat yang dibatalkan